Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Friday, 7 December 2012

Kuliah Maqhrib 7.12.12 oleh Ustaz Shahril Long



Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! Buat semua anak qaryah dan peminat An-najah!
Masa begitu pantas berlalu dan meninggalkan kita.Hari ini 23 muharram bersamaan 7 disember,banyak yang belum tertunai,tapi janji baru sudah bermain di minda.Akhirnya banyak janji tak tertunai,apapun,janji Allah tetap tertunai.Kita berjanji untuk menjadi khalifah Allah diatas muka bumi,memakmurkan bumi dengan aturan Allah SWT.Kita berjanji untuk melalui Syahadah yang kita lafazkan untuk menerima segala peraturan Allah dan Sunnah Nabinya SAW,kita mengaku Islam,tapi kita tentang perlaksanaan hukumnya dengan berbagai alasan,kita mengaku umat Nabi SAW,tetapi kita engkar sunnahnya.Apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti bila ditanya apa agamamu,apa Kiblatmu,siapa Nabimu dan berbagai lagi.Ingatlah dunia hanya sementara.jangan menzalimi orang lain ketika kita punya kuasa sementara.Orang yang gagah ialah orang yang memberi kemaafan ketika dia berkuasa untuk menghukum.Renungkanlah................!

Wednesday, 7 November 2012

Kuliah Maqhrib 7.11.12 oleh Ustaz Yusof Awang

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum!
Buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!
Kita semakin di penghujung Zulhijjah juga semakin dengan Disember.Tahun hijrah 1433 akan pergi,begitu jug 2012 semakin hampir meninggalkan kita.Bererti kita semakin dipanjat usia dan semakin dengan dengan kematian.suatu yang pasti walau kamu dalam kubu yang kuat sekalipun,dunia sedang menyaksikan semakin banyak bala dan ujian Allah sedang menimpa samada kepada orang Islam mahupun kafir.Diatas kertas,Amerika Syarikat muatahil dikalahkan kuasa dunia yang lain,dengan kekuatan persenjataan,mereka menjadi Polis dunia,boleh menyerang dan menghukum seteru mereka,tetapi hanya dengan menyebut KUN FAYAKUN,Allah gegarkan Amerika dengan Taufan Sandy sekelip mata.Hari ini agamawan Yahudi dan Kriastian menyalahkan rakyat sendiri yang meghalalkan gay,transeksual,LBGT dan lain-lain sebagai punca kemurkaan Tuhan.Ingatlah bahawa Allah mampu mengalahkan siapa sahaja dengan kehendaknya jua,marilah kita bertaubat dari dosa dan kealpaan kita sebelum bala Allah SWT tiba membadai kita.Sahabat Nabi SAW pernah bertanya adakah kami akan binasa,sedangkan masih ada bersama kami orang-orang soleh,Baginda menjawab"Ya apabila banyaknya maksiat".Renungkanlah..........!

Friday, 2 November 2012

Majlis Korban Masjid An-Najah 2012

Alhamdulillah,

Majlis Korban 2012 di Masjid An-Najah telah berjaya dilaksanakan, mudah-mudahan ibadat korban ini diterima oleh Allah. Peserta korban 2012 terdiri daripada individu & kumpulan, termasuk peserta dari PASTI & RHB Bank dengan jumlah sebelas ekor lembu untuk dikorbankan.











Saturday, 29 September 2012

Kuliah Maqhrib 29.09.12 oleh Ustaz Shahrudin Ibrahim



Himpunan Aman Membantah Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada hari Jumaat 28hb September 2012, Masjid An-Najah telah menganjurkan Himpunan Aman Membantah Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW. Himpunan Aman ini bermula selepas solat Jumaat dan diketuai oleh Tuan Imam Masjid An-Najah bersama-sama dengan ratusan anak kariah.

Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan himpunan ini terutamanya kepada Pihak Polis Padang Serai yang telah memberikan pertolongan dan kerjasama yang cukup baik dan mesra.

WE LOVE MUHAMMAD

Gambar dan Video dibawah diambil dari facebook Cdam Tv https://www.facebook.com/cdam.tv ,Terima Kasih diucapkan kepada Cdam Tv yang telah merakamkan detik yang bersejarah ini.





Wednesday, 19 September 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! Buat semua anak Qaryah dan peminat An-Najah!
Hidup ini bagai pelayar dilautan atau bagai musafir diperjalanan. Singgah sebentar untuk keperluan sebelum meneruskan perjalanan @ musafir singgah berteduh dipohon ketika kepanasan, akhirnya destinasi jadi tujuan. Begitulah kehidupan, kita singgah didunia fana buat mencari bekalan akhirat nanti. Oleh itu jangan persiakan kehidupan. Sabda Rasulullah SAW"Sebaik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya, tapi sejahat kamu juga, orang panjang umurnya, tetapi buruk amalannya. Allah SWT tidak menerima keuzuran orang penghujung usianya 60 tahun, tetapi tidak berubah kehidupannya untuk [kebaikan]. Maksiat bagai isi dalam dirinya. Sabda Rasulullah SAW "4 perkara selepas melakukan dosa, tetapi lebih merbahaya daripada dosa iaitu :orang yang memperkecil (meremehkan) dosa, orang terpedaya dengan dosa, berasa gembira dengan dosa, berterusan melakukan dosa. Ingatlah hari yang tiada jurubicara atau peguam untuk berhujah melainkan setiap orang mewakili dirinya. Moga Allah SWT merahmati kita dan mengampuni segala dosa. Kebatilan pasti hancur! Tiada daya dan kekuatan melainkan milik pencipta alam semesta! ALLAHUAKBAR!.

Kuliah Maqhrib 19.09.12 oleh Ustaz Yusof Awang

Tuesday, 18 September 2012

Kuliah Maqhrib 18.09.12 oleh Ustaz Jais Muhammad

Tazkirah Tuan Imam


Assalamualaikum!

Buat semua anak qaryah dan peminat Annajah!


Masa terus berlalu dan tak akan kembali. Dunia di penghujung usia, hambatan kubur makin dekat. Tanyalah diri, apa persiapan untuk alam barzah! Hidup mesti diteruskan kerana kiamat entahkan bila walau pasti tibanya, Perjuangan Islam tiada noktah penghujung hingga kiamat. Musuh tetap merancang, munafik terus berjuang. Sabda Rasulullah SAW: "setiap Mukmin sentiasa berdepan 5 musuh. Orang mukmin yang dengki dengannya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, MUNAFIK yang sentiasa membencinya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan nafsu yang sentiasa menyerangnya". Ada musuh yang senang dikenali, tetapi MUNAFIK mengaku Islam sentiasa bagai gunting dalam lipatan. Ia musuh yang tidak dikenali, tetapi ALLAH SWT tetap kenal mereka.Yang pastinya golongan yang tidak hadir sembahyang berjamaah tanpa alasan syarak, peminat judi, hiburan melalaikan, peminat Hj.Dam yang leka dengan solatnya, pemakan rasuah mereka MUNAFIK sejati, jelas KEMUNAFIKAN mereka. Apatah lagi mereka cuba menghancurkan Masjid rumah Allah SWT dengan cuba memtikan kuliahnya, menghalang minbar dari melaungkan kebenaran dan membantah kemungkaran. Ingatlah!dunia akan hancur, kebatilan akan lebur. Agama Allah SWT akan terus dijulang walau liku perjuangan penuh ranjau, Hiduplah dengan penuh kemuliaan atau matilah sebagai SYAHID dalam perjuangan.ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!

Friday, 14 September 2012

Tazkirah Tuan Imam


Assalamualaikum!

buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!

masih ada Syawal untuk mengucapkan selamat Aidilfitri. Puasa berlalu, merdeka pun sudah, syawal di penghujung. Umur kita semakin bertambah perkiraan, maut semakin dekat menghampiri. Merdekakah kita dari nafsu dan syaitan. Apa erti merdeka kalau iman semakin luntur, harga diri anak bangsa semakin terhakis, hiburan melampau semakin ganas, anak zina semakin besar bilangannya, hukum Allah dipersenda bagai bahan gurauan. Golongan MUNAFIK semakin biadab dengan penentangan mereka terhadap rumah Allah SWT. Golongan yang tidak pijak Masjid, Sibuk dengan HJ Dam di waktu azan. Peminat nombor ekor, peminat karaoke dan wali yang tidak boleh beristighfar, kaki meja billiard hari ini cuba menjadi jaguh pembela masjid kononnya masjid menjadi alat pembangkang. Biar masjid diuruskan oleh ahli masjid. Kita tidak sempurna dan melakukan kesilapan tetapi lebih baik dari MUNAFIK yang tidak pijak masjid untuk berjamaah, tidak pernah hadir majlis ilmu. Kita ada Pihak berkuasa Agama untuk tindakan, polis untuk menyiasat, tetapi tidak perlu golongan Munafik untuk jadi jaguh bertopengkan syaitan. Ingatlah! Kita semua akan mati! tida lagi peguambela untuk berdolak dalik. Dunia hanya sementara. Kemungkaran pasti hancur. ALLAHUAKBAR. Tiada pertolongan melainkan ALLAH.

Monday, 23 July 2012

Rakaman Kuliah Live ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Admin mewakili Masjid An-Najah untuk memaklumkan bahawa kuliah live ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah akan disambung semula pada bulan Syawal.

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan di Masjid An-Najah.

  • Edaran Bubur Lambuk selepas Solat Asar
  • Tahlil sebelum berbuka puasa
  • Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan
  • Solat Terawih berjemaah (Imam Hafiz jemputan)
  • Tazkirah Ramadhan dari penceramah jemputan
  • Tadarus Al-Quran
  • Qiamullail pada 10 malam terakhir dan pada setiap Sabtu
  • Sahur selepas program qiamullail

Wednesday, 4 July 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! buat semua anak qaryah dan peminat Annajah.kita bertemu dalam nisfu syaaban.semakin dekat dengan Ramadhan Al-Mubarak.Mari kita mulakan episod baru dalam perjalanan kita bertemu Allah SWT diakhirat nanti.dunia semakin sempit dek kerana banyaknya kepesatan pembangunan.begitulah kita dalam kembara hidup ini.Syaaban akan meninggalkan kita untuk bertemu Ramadhan 1433H.Mulakan langkah untuk Ramadhan dengan azam dan tekad untuk mencapai yang terbaik dalam usia hidup ini,kerana ini mungkin Ramadhan terakhir kita di dunia ini. mari kitapersembahkan yang terbaik buat Tuhan Yang Maha Agung.Kesibukan dunia jangan sampai melupai akhirat.Mati pasti menjemput tanpa diundang.Jangan sibuk mencari salah orang,sesekali tuding jari ke diri sendiri.Lihatlah kelemahan dan cuba kita perbaiki.Kitabukan maksum untuk tidak melakukan dosa.Buat pengacau masjid,usah tambah dosa dengan mencari salah orang lain.Bertaubatlah dalam episod baru hidup selepas Nisfu Syaaban.Moga Annajah terus berperanan sekalipun dalam berbagai peluru dilepaskan.Moga Allah mengampuni kita semua.Wassalam!

Thursday, 7 June 2012

Tazkirah Tuan Imam



Assalamualaikum!

Buat semua anak qaryah dan peminat An-najah! kita bertemu lagi dalam kesempatan dan kelapangan kurniaan Allah SWT.Alhamdulillah.!

Sesungguhnya hidup ini laksana berteduh dibawah sepohon pokok ketika kepanasan,tumpang berteduh sebentar kemudian beredar untuk tereuskan perjalanan.

Manusia akan bertemu pencipta (Allah SWT) bila dikehendakiNya samada muda,tua,sihat,sakit,kaya atau miskin.Tiada harta sebagai bekalan kecuali ilmu dan amal.Marilah kita perbanyakkan amalan untuk bekalan.luaskankan perjalanan dan lihatlah kebesaran Allah SWT.Bersyukurlah atas nikmat kehidupan.InsyaAllah hidup diberkati.Wassalam

Wednesday, 23 May 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! Moga Allah SWT merahmati kita semua.Sedar atau tidak kita sudah memasuki bulan Rejab kalendar Islam.detik begitu pantasberjalan dan berlalu.umur semakin dekat dengan kematian,beban hidup semakin bertambah,mungkin sesetengah orang mengharapkan kematian muda sebagai jalan keluar dari beban kehidupan.sebagai muslim,sekalipun esok berlaku kiamat,jika ditanganmu ada biji benih,wajib ditanam(maksud Hadis).tiada erti putus asa dan kecewa dalam Islam. Hidup itu perjuangan!kerja agamamesti terus berjalan.perancangan yang sudah diatur mesti dilaksanakan.ketepikan soal remeh temeh,perhatikan maslahat ummah,itu lebih utama dan wajib diberi keutamaan.Islam tidak dihampar dengan permaidani merah,tetapi penuh liku perjuangan,seperti Nabi SAW diuji,sedangkan Baginda SAW kekasih Allah SWT,manusia pilihan.Apakah kita sangka kita sudah beriman,sedangkan kita selesa dengan kehidupan tanpa ujian hidup.Layakkah kita memasuki syurga Allah SWT,sedangkan kitatidak pernah merasai bagaimana ujian terhadap mereka-mereka terdahulu yang penuh ujian,penderitaan,kesulitan dan kepayahan.Ayuh! Marilah kita bersatu untuk perjuangan Islam.ketepikan remeh temeh.Bangun untuk Islam.nescaya hidupmendapat petunjuk Ilahi.Rezeki berkat,keluarga selamat,hidup mendapat Rahmat.Jadikan Masjid tempat bermesyuarat.jumpa lagi.TAKBIR.........!!!!!!

Wednesday, 2 May 2012

Kuliah Maqhrib 02.05.15 oleh Ustaz Yusof Awang

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum !
Buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!
Salam ukhuwwah untuk semua.lama tidak menulis,kesibukan dan kekalutan masa membatasi ruang untuk penulisan.maaf atas ketidak perihatinan.Apapun,masa terus berjalan,usia semakin hampir dipanggil pencipta untuk kembali.Ingatlah!tiapa yang akan menongkat langit.kesombongan untuk mencari redha Allah SWT dengan menghadirkan diri di rumah Allah SWT bagi menambah ilmu dan bekalan tidak menghilangkan dan merendahkan kekuasaan Pencipta,tapi ingatlah !kamu tetap diusung untuk disembahyangkan dihari mati nanti.Ada pula yang didengari cuba untuk meruntuhkan dan membisukan masjid dengan cubaan untuk merampas kuasa kerana benci dengan teguran ulamak pada saban malam,maka usaha cuba dibuat untuk mamandulkan masjid.Ingatlah Firman Allah SWT "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah didalamnya dan berusaha pula untuk meruntuhknnya!(Al-Baqarah 114).Janganlah menambah dosa dengan bersekongkol dengan puak munafik!Ingatlah kita semua akan MATI!.

Tuesday, 17 April 2012

Saturday, 31 March 2012

Kuliah Maqhrib 31.03.12 oleh Ustaz Tarmizi

Kuliah Subuh 31.03.03 oleh Ustaz Bakar Bakilani

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)

Thursday, 29 March 2012

Kuliah Maqhrib 29.03.12 oleh Ustaz Mohd Hafizal

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)

Tuesday, 27 March 2012

Kuliah Maqhrib 05.01.12 oleh Ustaz Osman Ibrahim

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)

Monday, 26 March 2012

Kuliah Maqhrib 26.03.12 oleh Ustaz Sharhan Shafie

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)

Sunday, 25 March 2012

Kuliah Maqhrib 25.03.12 oleh Ustaz Zahir Ghani

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)

Saturday, 24 March 2012

Kuliah Subuh 24.03.12 oleh Ustaz Aswad Nasron

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)  

Kuliah Maqhrib 23.03.12 oleh Ustaz Mohd Kamil

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)  

Friday, 23 March 2012

Khutbah Jumaat 23.03.12 oleh Ustaz Aswad Nasron

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)  

Wednesday, 21 March 2012

Kuliah Maqhrib 21.03.12 oleh Ustaz Zulkifli Ahmad

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install) 

Kuliah Maqhrib 20.03.12 oleh Ustaz Ishak Manaf

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)

Monday, 19 March 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! buat semua anak qaryah dan peminat An-najah.!
Selamat bertemu semula setelah menghilang agak lama.kesibukan membatasi ruang untuk menulis.Nilai masa yang begitu pantas berlalu.anak-anak kembali ke sekolah.pasangan pengantin baru sedang menikmati kelazatan bulan madu.tanggungjawab semakin bertambah.dunia penuh kecelaruan,maksiat semakin berani dan terbuka.pilihanraya makin membahang. janji semakin banyak ditabur.Penyelewengan dibongkar.Marilah sama-sama bermuhasabah diri.jauh lagi perjalanan hidup ini.mati sedang menanti.dunia menghalau pergi.Amal ibadat,kebajikan diri terlalu jauh untuk dibanggai.Perjalanan dunia bagai roda yang ligat berpusing,ada waktu kita menang dan ada waktu kita kecundang.tewas dengan godaan nafsu dunia yang makin rakus.oleh itu,tiada bekalan kekal melainkan takwa dan iman,oleh itu marilah kita kembali ke jalan Allah SWT.lengkapkan diri dengan ilmu dan istiqamahlah>

Kuliah Maqhrib 19.03.12 oleh Ustaz Hj Adnan Abd Majid

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)    

Friday, 16 March 2012

Kuliah Maqhrib 16.03.12 oleh Ustaz Yaakob Yusof

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)   

Wednesday, 14 March 2012

Kuliah Maqhrib 14.03.12 oleh Ustaz Mohd Hafizal

Perhatian!!!...untuk melihat rakaman penuh sila download dan install Veoh Player!.. klik disini "Sekali install sahaja untuk setiap PC"(Sila kembali ke blog Masjid Jamek An-Najah untuk play video setelah selesai install)  

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah