Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Wednesday 19 September 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! Buat semua anak Qaryah dan peminat An-Najah!
Hidup ini bagai pelayar dilautan atau bagai musafir diperjalanan. Singgah sebentar untuk keperluan sebelum meneruskan perjalanan @ musafir singgah berteduh dipohon ketika kepanasan, akhirnya destinasi jadi tujuan. Begitulah kehidupan, kita singgah didunia fana buat mencari bekalan akhirat nanti. Oleh itu jangan persiakan kehidupan. Sabda Rasulullah SAW"Sebaik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya, tapi sejahat kamu juga, orang panjang umurnya, tetapi buruk amalannya. Allah SWT tidak menerima keuzuran orang penghujung usianya 60 tahun, tetapi tidak berubah kehidupannya untuk [kebaikan]. Maksiat bagai isi dalam dirinya. Sabda Rasulullah SAW "4 perkara selepas melakukan dosa, tetapi lebih merbahaya daripada dosa iaitu :orang yang memperkecil (meremehkan) dosa, orang terpedaya dengan dosa, berasa gembira dengan dosa, berterusan melakukan dosa. Ingatlah hari yang tiada jurubicara atau peguam untuk berhujah melainkan setiap orang mewakili dirinya. Moga Allah SWT merahmati kita dan mengampuni segala dosa. Kebatilan pasti hancur! Tiada daya dan kekuatan melainkan milik pencipta alam semesta! ALLAHUAKBAR!.

No comments:

Post a Comment

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah