Assalamualaikum!
Buat semua anak Qaryah dan Peminat An-najah!
Kita bertemu lagi di bulan Maulidur RASUL SAW,bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
Rasul dan Nabi akhir zaman,pembawa obor penyinar alam,memandu manusia keluar dari kejahilan,kepada ilmu dan kebijaksanaan,dari kegelapan kepada cahaya,dari kesesatan kepada cahaya dan petunjuk,sesungguhnya tiada ungkapan dapat dilahirkan untuk menunjukkan kasih dan sayang kepada kekasih Allah SWT.
Marilah kita hidupkan Sunnah RASULULLAH SAW sebagai kasih dan cinta kepada manusia agung,marilah kita hayati dan susuri kisah kehidupan Rasulullah SAW yang penuh denan suri tauladan untuk menjadi umat yang di berkati Allah SWT.Apa guna guna kita mengaku umat Nabi,jika tidah hidup mengamalkan sunnah Nabi SAW,Banyakkan berselawat keatas Baginda,bertemu dengan pewaris-pewaris NABI dengan berada dalam majlis-majlis ilmu yang saban malam diadakan.Hiduplah dengan kemuliann dibawah rahmat Nabi SAW.Allahuakbar............!
MUKIM NAGA LILIT 09400 KULIM KEDAH (Video Kuliah dan Ceramah Agama Online...)
Waktu Solat
Followers
Blog Archive
-
▼
2013
(13)
-
▼
January
(13)
- Kuliah Maqhrib 22.1.13 oleh Ust Mustafa Mansur
- Forum Perdana 21.1.13 bersama Empat Beradik
- Kuliah Maqhrib 18.1.13 oleh Ustaz Yaakob Yusof
- Tazkirah tuan Imam
- Kuliah Maqhrib 16.1.13 oleh Ustaz Yusof Awang
- Kuliah Maqhrib 15.1.13 oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul ...
- Kuliah Maqhrib 13.1.13 oleh Ustaz Hamzah Abdullah
- Kuliah Maqhrib 8.1.13 oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa
- Kuliah Maqhrib 7.1.13 oleh Ustaz Mohd Kamil
- Ceramah 5.1.13 oleh Syeikh Sholah Khalifah Muhamma...
- Kuliah Maqhrib 4.1.13 oleh Ustaz Shahril Long
- Kuliah Maqhrib 2.1.13 oleh Ustaz Yusof Awang
- Kuliah Maqhrib 1.1.13 oleh Ustaz Suhaimi Harun
-
▼
January
(13)
Lokasi Masjid Jamek An-Najah
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
Thursday, 17 January 2013
Friday, 7 December 2012
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum! Buat semua anak qaryah dan peminat An-najah!
Masa begitu pantas berlalu dan meninggalkan kita.Hari ini 23 muharram bersamaan 7 disember,banyak yang belum tertunai,tapi janji baru sudah bermain di minda.Akhirnya banyak janji tak tertunai,apapun,janji Allah tetap tertunai.Kita berjanji untuk menjadi khalifah Allah diatas muka bumi,memakmurkan bumi dengan aturan Allah SWT.Kita berjanji untuk melalui Syahadah yang kita lafazkan untuk menerima segala peraturan Allah dan Sunnah Nabinya SAW,kita mengaku Islam,tapi kita tentang perlaksanaan hukumnya dengan berbagai alasan,kita mengaku umat Nabi SAW,tetapi kita engkar sunnahnya.Apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti bila ditanya apa agamamu,apa Kiblatmu,siapa Nabimu dan berbagai lagi.Ingatlah dunia hanya sementara.jangan menzalimi orang lain ketika kita punya kuasa sementara.Orang yang gagah ialah orang yang memberi kemaafan ketika dia berkuasa untuk menghukum.Renungkanlah................!

Wednesday, 7 November 2012
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum!
Buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!
Kita semakin di penghujung Zulhijjah juga semakin dengan Disember.Tahun hijrah 1433 akan pergi,begitu jug 2012 semakin hampir meninggalkan kita.Bererti kita semakin dipanjat usia dan semakin dengan dengan kematian.suatu yang pasti walau kamu dalam kubu yang kuat sekalipun,dunia sedang menyaksikan semakin banyak bala dan ujian Allah sedang menimpa samada kepada orang Islam mahupun kafir.Diatas kertas,Amerika Syarikat muatahil dikalahkan kuasa dunia yang lain,dengan kekuatan persenjataan,mereka menjadi Polis dunia,boleh menyerang dan menghukum seteru mereka,tetapi hanya dengan menyebut KUN FAYAKUN,Allah gegarkan Amerika dengan Taufan Sandy sekelip mata.Hari ini agamawan Yahudi dan Kriastian menyalahkan rakyat sendiri yang meghalalkan gay,transeksual,LBGT dan lain-lain sebagai punca kemurkaan Tuhan.Ingatlah bahawa Allah mampu mengalahkan siapa sahaja dengan kehendaknya jua,marilah kita bertaubat dari dosa dan kealpaan kita sebelum bala Allah SWT tiba membadai kita.Sahabat Nabi SAW pernah bertanya adakah kami akan binasa,sedangkan masih ada bersama kami orang-orang soleh,Baginda menjawab"Ya apabila banyaknya maksiat".Renungkanlah..........!

Friday, 2 November 2012
Majlis Korban Masjid An-Najah 2012
Alhamdulillah,
Majlis Korban 2012 di Masjid An-Najah telah berjaya dilaksanakan, mudah-mudahan ibadat korban ini diterima oleh Allah. Peserta korban 2012 terdiri daripada individu & kumpulan, termasuk peserta dari PASTI & RHB Bank dengan jumlah sebelas ekor lembu untuk dikorbankan.
Saturday, 29 September 2012
Himpunan Aman Membantah Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada hari Jumaat 28hb September 2012, Masjid An-Najah telah menganjurkan Himpunan Aman Membantah Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW. Himpunan Aman ini bermula selepas solat Jumaat dan diketuai oleh Tuan Imam Masjid An-Najah bersama-sama dengan ratusan anak kariah.
Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan himpunan ini terutamanya kepada Pihak Polis Padang Serai yang telah memberikan pertolongan dan kerjasama yang cukup baik dan mesra.
WE LOVE MUHAMMAD
Gambar dan Video dibawah diambil dari facebook Cdam Tv https://www.facebook.com/cdam.tv ,Terima Kasih diucapkan kepada Cdam Tv yang telah merakamkan detik yang bersejarah ini.
Monday, 23 July 2012
Rakaman Kuliah Live ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan
Assalamualaikum,
Admin mewakili Masjid An-Najah untuk memaklumkan bahawa kuliah live ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah akan disambung semula pada bulan Syawal.
Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan di Masjid An-Najah.

- Edaran Bubur Lambuk selepas Solat Asar
- Tahlil sebelum berbuka puasa
- Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan
- Solat Terawih berjemaah (Imam Hafiz jemputan)
- Tazkirah Ramadhan dari penceramah jemputan
- Tadarus Al-Quran
- Qiamullail pada 10 malam terakhir dan pada setiap Sabtu
- Sahur selepas program qiamullail
Wednesday, 2 May 2012
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum !Buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!
Salam ukhuwwah untuk semua.lama tidak menulis,kesibukan dan kekalutan masa membatasi ruang untuk penulisan.maaf atas ketidak perihatinan.Apapun,masa terus berjalan,usia semakin hampir dipanggil pencipta untuk kembali.Ingatlah!tiapa yang akan menongkat langit.kesombongan untuk mencari redha Allah SWT dengan menghadirkan diri di rumah Allah SWT bagi menambah ilmu dan bekalan tidak menghilangkan dan merendahkan kekuasaan Pencipta,tapi ingatlah !kamu tetap diusung untuk disembahyangkan dihari mati nanti.Ada pula yang didengari cuba untuk meruntuhkan dan membisukan masjid dengan cubaan untuk merampas kuasa kerana benci dengan teguran ulamak pada saban malam,maka usaha cuba dibuat untuk mamandulkan masjid.Ingatlah Firman Allah SWT "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah didalamnya dan berusaha pula untuk meruntuhknnya!(Al-Baqarah 114).Janganlah menambah dosa dengan bersekongkol dengan puak munafik!Ingatlah kita semua akan MATI!.
Monday, 19 March 2012
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum! buat semua anak qaryah dan peminat An-najah.!
Selamat bertemu semula setelah menghilang agak lama.kesibukan membatasi ruang untuk menulis.Nilai masa yang begitu pantas berlalu.anak-anak kembali ke sekolah.pasangan pengantin baru sedang menikmati kelazatan bulan madu.tanggungjawab semakin bertambah.dunia penuh kecelaruan,maksiat semakin berani dan terbuka.pilihanraya makin membahang.
janji semakin banyak ditabur.Penyelewengan dibongkar.Marilah sama-sama bermuhasabah diri.jauh lagi perjalanan hidup ini.mati sedang menanti.dunia menghalau pergi.Amal ibadat,kebajikan diri terlalu jauh untuk dibanggai.Perjalanan dunia bagai roda yang ligat berpusing,ada waktu kita menang dan ada waktu kita kecundang.tewas dengan godaan nafsu dunia yang makin rakus.oleh itu,tiada bekalan kekal melainkan takwa dan iman,oleh itu marilah kita kembali ke jalan Allah SWT.lengkapkan diri dengan ilmu dan istiqamahlah>

Friday, 2 March 2012
Bersama Mufti Negeri Kedah
![]() |
| Tuan Imam dan AJK Masjid Jamek An-Najah bersama Sahibus Samahah Dato Syeikh Mohd Baderuddin Bin Hj Ahmad |
Thursday, 2 February 2012
Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum......!
Buat seluruh anak qaryah dan peminat an-najah...!
Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Rasul utusan Allah SWT,penghulu segala Nabi,Nabi akhir zaman yang terus kekal menjadi ikutan umat sepanjang zaman.Tarikh kelahirannya disambut seluruh umat Islam sedunia.12 Rabiulawal tarikh keramat.Moga kita tetap mengamalkan sunnah Nabi sekalipun dunia semakin berubah,3 perkara agung sekiranya diperolehi iaitu rezeki yang halal,kawan yang boleh dipercayai dan sunnah Nabi yang dapat diamalkan,maka sesiapa yang beroleh demikian,maka bahagialah seorang itu.Tanya iman...! adakah kecintaan kita kepada Nabi kita sekadar ungkapan lidah tidak bertulang,tetapi sunnahnya jauh kita tinggalkan.Masjid sekadar laluan,jumaat kita muncul,kuliah ilmu kita tinggalkan,solat berjamaah jauh sekali,dunia kita hambati,akhirat kita tinggali.Tanyalah diri...! Layakkah kita menjadi umat Muhammad SAW.Layakkah kita mendapat syafaat Nabi di akhiratnanti......!Renungkanlah.....!
Thursday, 12 January 2012
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum! Buat semua anak qaryah dan peminat an-Najah.....! Masa terus berlalu dengan pantas,bagai pedang yang terus memotong,kalau kita memotongnya,dia pasti memotong kamu.Yang berlalu akan menjadi rakaman sejarah.Moga yang mendatang lebih baik dari yang berlalu.Anak-anak sudah mula sebati dengan persekolahan
yang akan masuk minggu ketiga.Ibubapa terpaksa merancang perbelanjaan untuk menunggu hujung bulan.perit bagi yang tiada simpanan.Tapi yakinlah setiap perbelanjaan untuk pendidikan akan dibalas dengan pahala dan keberkatan.Marilah kita melakukan pengorbanan bukan setakat untuk keluarga,tetapi juga untuk agama yang kita cintai.Lakukan perubahan dalam hidup moga roh Islam subur dalam diri.Tingkatkan ilmu dengan cintakan majlis ilmu,berada dalam majlis ulama adalah jalan mendapat keberkatan hidup.Orang yang jahil sebenarnya sudah mati sebelum dikebumikan.Tidak sama orang buta dengan orang yang celik..........! Wassalam.
yang akan masuk minggu ketiga.Ibubapa terpaksa merancang perbelanjaan untuk menunggu hujung bulan.perit bagi yang tiada simpanan.Tapi yakinlah setiap perbelanjaan untuk pendidikan akan dibalas dengan pahala dan keberkatan.Marilah kita melakukan pengorbanan bukan setakat untuk keluarga,tetapi juga untuk agama yang kita cintai.Lakukan perubahan dalam hidup moga roh Islam subur dalam diri.Tingkatkan ilmu dengan cintakan majlis ilmu,berada dalam majlis ulama adalah jalan mendapat keberkatan hidup.Orang yang jahil sebenarnya sudah mati sebelum dikebumikan.Tidak sama orang buta dengan orang yang celik..........! Wassalam.Tuesday, 3 January 2012
Renungan Buat anak Qaryah
Assalamualaikum! Buat semua anak Qaryah dan peminat An-Najah......!
Semoga gembira dan bahagia dalam menjalani kehidupan ditahun baru 1433H/2012M.Hidup ini satu perjalanan,yang berlalu tidak akan berulang dan yang dihadapan akan mendatang atau terkandas disambar kematian.Dunia menyaksikan pelbagai rakaman dalam episod kehidupan 2011.Moga sinar 2012 menjanjikan keazaman baru,perubahan dalam pemikiran dan kematangan hidup serta peningkatan ilmu dan penghayatan roh agama dalam kehidupan.Buat yang bergelar ayah dan ibu,jangan siakan amanah Allah SWT yang menjadi perhiasan hidup kita semua iaitu anak-anak permata hati.kita membuat pelaburan untuk dunia yang tidak sedikit untuk memastikan yang terbaik.Banyak perbelanjaan diawal tahun untuk persekolahan,semata-mata mencari kecemerlangan dunia.Semoga kecemerlangan akhirat tidak diabaikan,bimbang rugi berpanjangan bila anak tidak boleh berdoa ketika ibubapa sudah dialam kuburan yang menjadi penentu kesudahan akhirat nanti.RENUNGKANLAH...............!

Wednesday, 21 December 2011
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum! Buat semua anak qaryahdan peminat An-Najah! bertemu untuk episod seterusnya.buat anak-anak yang berdebar menunggu keputusan PMR pada hari khamis ini,moga anak-anak semua berjaya dengan cemerlang,teruskan persekolahan untuk SPM nanti,cuti sudah sampai penghujungnya.Sekolah akan bermula semula awal Januari nanti,moga bergembira dan ternanti alam persekolahan.Tiada yang lebih membahagiakan ayah ibu selain kejayaan anak-anak.Moga jadi anak berjaya
dunia dan akhirat .Ingat pengorbanan ibu melahirkan dan ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan kalian.Jadilah anak soleh yang menyejukkan mata,yang boleh berdoa untuk keampunan ayah ibu,bukan anak yang punca kemarahan
dunia dan akhirat .Ingat pengorbanan ibu melahirkan dan ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan kalian.Jadilah anak soleh yang menyejukkan mata,yang boleh berdoa untuk keampunan ayah ibu,bukan anak yang punca kemarahan kemarahan orang seperti Hadis akhir zaman.Ingat doa anak soleh akan berterusan pahalanya.Sekian
Monday, 19 December 2011
Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum!
Buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah....!
Selamat bertemu kembali setelah sekian lama menyepi.maaf!kita merancang tetapi semua ketentuan Tuhan.banyak halangan dalam hidup ini.maaf kerana PC rosak.
Tahun baru hampir menjelang tiba,tahun hijrah sudah 23Muharram.umur semakin meningkat.kudrat semakin berkurangan,uban semakin memutih.itu tanda umur semakin meningkat,kematian semakin dekat menghampiri.Apapun,perjuangan hidup mesti diteruskan.bekalan untuk dunia mesti dicari,bekalan untuk akhirat jangan dilupai.semua kita akan mati walaupun itu yang kita cuba lari.Ingatlah,hidup ini sementara cuma ! Tanamkan keazaman sempena tahun baru,berubahlah kepadayang belum sedar,jangan hanya datang ke masjidbila sudah kaku dikeranda untuk disembahyangkan.Marilah kita makmurkan An-Najah,semoga kita menjadi golonganberjaya sesuai dengan namanya! Sekian.Mohon Maaf atas segala kekurang.Wassalam
Saturday, 19 November 2011
Sunday, 13 November 2011
Kelewatan 'Upload' Rakaman Video
Assalamualaikum,
Harap Maaf, di atas sebab-sebab tertentu, rakaman video tidak dapat di 'upload' buat masa ini. InsyaAllah semua rakaman video akan di 'upload' kan nanti.
Sekian, terima kasih.
Harap Maaf, di atas sebab-sebab tertentu, rakaman video tidak dapat di 'upload' buat masa ini. InsyaAllah semua rakaman video akan di 'upload' kan nanti.
Sekian, terima kasih.
Friday, 11 November 2011
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum!Buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah...!
Hariraya Qurban sudah berlalu,sembelihan binatang sudah selesai.Hidup perlu diteruskan,bagai mentari di ufuk timur,malam akan melabuhkan tirainya.Kehidupan ada penghujungnya,mati akan menjemput kita,alam barzakh akan menanti,akhirat akan menyusul seterusnya,Apakah persediaan kita untuk persoalan Munkar dan Nakir nanti.Sudah diterimakah taubat kita?Marilah kita bermuhasabah diri,banyakkan Istighfar memohon keampunan Allah SWT.Apakah kita hanya beristighfar ketika hendak mewalikan anak semata-mata! kemudian lupakan Tuhan sedangkan umur sudah meniti batas senja.Sedarlah bahawa hidup akan berakhir,mati akan tiba entah bila.INSAFLAH.........!
Thursday, 10 November 2011
CERAMAH MOTIVASI DAN BACAAN YASSIN/SOLAT HAJAT SPM 2011
~Ceramah Motivasi
Penceramah: Ustaz Zulkifli Ahmad
~Solat Hajat
~Bacaan Yassin
![]() |
| Bacaan Yasin dipimpin oleh Tuan Imam |
Thursday, 3 November 2011
Update...Penambahan Ruang Solat Masjid Jamek An-Najah
WAKAF PEMBANGUNAN RUANG SOLAT AN-NAJAH
Sebarang maklumat sila hubungi AJK Masjid An-Najah
Published with Blogger-droid v2.0
Saturday, 29 October 2011
Tazkirah Tuan Imam
Assalamualaikum!Buat Semua anak Qaryah dan peminat An-Najah!
Ketahuilah bahawa hidup ini sementara cuma.Kita ibarat seorang pengail yang mengharapkan ikan yang besar.berbagai usaha dijalankan.Apapun kita perlu ingat,manusia mengharap,tetapi rezeki itu pemberian dan kurniaan Allah SWT."Sesiapa yang bertakwa akan diberi jalan keluar dan diberi rezeki dari jalan yang tidak diduga,sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT,maka dicukupkan baginya.Sesungguhnya Allah SWT yang menyempurnakan setiap urusan,sesungguhnya dijadikan setiap sesuatu itu ada ketentuannya".(Maksud Ayat seribu Dinar)
Yakinilah setiap usaha disertai tawakkal pasti akan diberi perkenan oleh Allah SWT.!
Subscribe to:
Posts (Atom)