Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Thursday 12 January 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! Buat semua anak qaryah dan peminat an-Najah.....! Masa terus berlalu dengan pantas,bagai pedang yang terus memotong,kalau kita memotongnya,dia pasti memotong kamu.Yang berlalu akan menjadi rakaman sejarah.Moga yang mendatang lebih baik dari yang berlalu.Anak-anak sudah mula sebati dengan persekolahan yang akan masuk minggu ketiga.Ibubapa terpaksa merancang perbelanjaan untuk menunggu hujung bulan.perit bagi yang tiada simpanan.Tapi yakinlah setiap perbelanjaan untuk pendidikan akan dibalas dengan pahala dan keberkatan.Marilah kita melakukan pengorbanan bukan setakat untuk keluarga,tetapi juga untuk agama yang kita cintai.Lakukan perubahan dalam hidup moga roh Islam subur dalam diri.Tingkatkan ilmu dengan cintakan majlis ilmu,berada dalam majlis ulama adalah jalan mendapat keberkatan hidup.Orang yang jahil sebenarnya sudah mati sebelum dikebumikan.Tidak sama orang buta dengan orang yang celik..........! Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah