Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Tuesday 3 January 2012

Renungan Buat anak Qaryah

Assalamualaikum! Buat semua anak Qaryah dan peminat An-Najah......!
Semoga gembira dan bahagia dalam menjalani kehidupan ditahun baru 1433H/2012M.Hidup ini satu perjalanan,yang berlalu tidak akan berulang dan yang dihadapan akan mendatang atau terkandas disambar kematian.Dunia menyaksikan pelbagai rakaman dalam episod kehidupan 2011.Moga sinar 2012 menjanjikan keazaman baru,perubahan dalam pemikiran dan kematangan hidup serta peningkatan ilmu dan penghayatan roh agama dalam kehidupan.Buat yang bergelar ayah dan ibu,jangan siakan amanah Allah SWT yang menjadi perhiasan hidup kita semua iaitu anak-anak permata hati.kita membuat pelaburan untuk dunia yang tidak sedikit untuk memastikan yang terbaik.Banyak perbelanjaan diawal tahun untuk persekolahan,semata-mata mencari kecemerlangan dunia.Semoga kecemerlangan akhirat tidak diabaikan,bimbang rugi berpanjangan bila anak tidak boleh berdoa ketika ibubapa sudah dialam kuburan yang menjadi penentu kesudahan akhirat nanti.RENUNGKANLAH...............!

No comments:

Post a Comment

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah