Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Thursday 2 February 2012

Tazkirah Tuan Imam



Assalamualaikum......!

Buat seluruh anak qaryah dan peminat an-najah...!

Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Rasul utusan Allah SWT,penghulu segala Nabi,Nabi akhir zaman yang terus kekal menjadi ikutan umat sepanjang zaman.Tarikh kelahirannya disambut seluruh umat Islam sedunia.12 Rabiulawal tarikh keramat.Moga kita tetap mengamalkan sunnah Nabi sekalipun dunia semakin berubah,3 perkara agung sekiranya diperolehi iaitu rezeki yang halal,kawan yang boleh dipercayai dan sunnah Nabi yang dapat diamalkan,maka sesiapa yang beroleh demikian,maka bahagialah seorang itu.Tanya iman...! adakah kecintaan kita kepada Nabi kita sekadar ungkapan lidah tidak bertulang,tetapi sunnahnya jauh kita tinggalkan.Masjid sekadar laluan,jumaat kita muncul,kuliah ilmu kita tinggalkan,solat berjamaah jauh sekali,dunia kita hambati,akhirat kita tinggali.Tanyalah diri...! Layakkah kita menjadi umat Muhammad SAW.Layakkah kita mendapat syafaat Nabi di akhiratnanti......!Renungkanlah.....!

No comments:

Post a Comment

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah