Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Friday 14 September 2012

Tazkirah Tuan Imam


Assalamualaikum!

buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!

masih ada Syawal untuk mengucapkan selamat Aidilfitri. Puasa berlalu, merdeka pun sudah, syawal di penghujung. Umur kita semakin bertambah perkiraan, maut semakin dekat menghampiri. Merdekakah kita dari nafsu dan syaitan. Apa erti merdeka kalau iman semakin luntur, harga diri anak bangsa semakin terhakis, hiburan melampau semakin ganas, anak zina semakin besar bilangannya, hukum Allah dipersenda bagai bahan gurauan. Golongan MUNAFIK semakin biadab dengan penentangan mereka terhadap rumah Allah SWT. Golongan yang tidak pijak Masjid, Sibuk dengan HJ Dam di waktu azan. Peminat nombor ekor, peminat karaoke dan wali yang tidak boleh beristighfar, kaki meja billiard hari ini cuba menjadi jaguh pembela masjid kononnya masjid menjadi alat pembangkang. Biar masjid diuruskan oleh ahli masjid. Kita tidak sempurna dan melakukan kesilapan tetapi lebih baik dari MUNAFIK yang tidak pijak masjid untuk berjamaah, tidak pernah hadir majlis ilmu. Kita ada Pihak berkuasa Agama untuk tindakan, polis untuk menyiasat, tetapi tidak perlu golongan Munafik untuk jadi jaguh bertopengkan syaitan. Ingatlah! Kita semua akan mati! tida lagi peguambela untuk berdolak dalik. Dunia hanya sementara. Kemungkaran pasti hancur. ALLAHUAKBAR. Tiada pertolongan melainkan ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah