Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Tuesday 18 September 2012

Tazkirah Tuan Imam


Assalamualaikum!

Buat semua anak qaryah dan peminat Annajah!


Masa terus berlalu dan tak akan kembali. Dunia di penghujung usia, hambatan kubur makin dekat. Tanyalah diri, apa persiapan untuk alam barzah! Hidup mesti diteruskan kerana kiamat entahkan bila walau pasti tibanya, Perjuangan Islam tiada noktah penghujung hingga kiamat. Musuh tetap merancang, munafik terus berjuang. Sabda Rasulullah SAW: "setiap Mukmin sentiasa berdepan 5 musuh. Orang mukmin yang dengki dengannya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, MUNAFIK yang sentiasa membencinya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan nafsu yang sentiasa menyerangnya". Ada musuh yang senang dikenali, tetapi MUNAFIK mengaku Islam sentiasa bagai gunting dalam lipatan. Ia musuh yang tidak dikenali, tetapi ALLAH SWT tetap kenal mereka.Yang pastinya golongan yang tidak hadir sembahyang berjamaah tanpa alasan syarak, peminat judi, hiburan melalaikan, peminat Hj.Dam yang leka dengan solatnya, pemakan rasuah mereka MUNAFIK sejati, jelas KEMUNAFIKAN mereka. Apatah lagi mereka cuba menghancurkan Masjid rumah Allah SWT dengan cuba memtikan kuliahnya, menghalang minbar dari melaungkan kebenaran dan membantah kemungkaran. Ingatlah!dunia akan hancur, kebatilan akan lebur. Agama Allah SWT akan terus dijulang walau liku perjuangan penuh ranjau, Hiduplah dengan penuh kemuliaan atau matilah sebagai SYAHID dalam perjuangan.ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah