Waktu Solat

Followers

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Wednesday 4 July 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! buat semua anak qaryah dan peminat Annajah.kita bertemu dalam nisfu syaaban.semakin dekat dengan Ramadhan Al-Mubarak.Mari kita mulakan episod baru dalam perjalanan kita bertemu Allah SWT diakhirat nanti.dunia semakin sempit dek kerana banyaknya kepesatan pembangunan.begitulah kita dalam kembara hidup ini.Syaaban akan meninggalkan kita untuk bertemu Ramadhan 1433H.Mulakan langkah untuk Ramadhan dengan azam dan tekad untuk mencapai yang terbaik dalam usia hidup ini,kerana ini mungkin Ramadhan terakhir kita di dunia ini. mari kitapersembahkan yang terbaik buat Tuhan Yang Maha Agung.Kesibukan dunia jangan sampai melupai akhirat.Mati pasti menjemput tanpa diundang.Jangan sibuk mencari salah orang,sesekali tuding jari ke diri sendiri.Lihatlah kelemahan dan cuba kita perbaiki.Kitabukan maksum untuk tidak melakukan dosa.Buat pengacau masjid,usah tambah dosa dengan mencari salah orang lain.Bertaubatlah dalam episod baru hidup selepas Nisfu Syaaban.Moga Annajah terus berperanan sekalipun dalam berbagai peluru dilepaskan.Moga Allah mengampuni kita semua.Wassalam!

No comments:

Post a Comment

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah