Waktu Solat

Followers

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Wednesday, 23 May 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! Moga Allah SWT merahmati kita semua.Sedar atau tidak kita sudah memasuki bulan Rejab kalendar Islam.detik begitu pantasberjalan dan berlalu.umur semakin dekat dengan kematian,beban hidup semakin bertambah,mungkin sesetengah orang mengharapkan kematian muda sebagai jalan keluar dari beban kehidupan.sebagai muslim,sekalipun esok berlaku kiamat,jika ditanganmu ada biji benih,wajib ditanam(maksud Hadis).tiada erti putus asa dan kecewa dalam Islam. Hidup itu perjuangan!kerja agamamesti terus berjalan.perancangan yang sudah diatur mesti dilaksanakan.ketepikan soal remeh temeh,perhatikan maslahat ummah,itu lebih utama dan wajib diberi keutamaan.Islam tidak dihampar dengan permaidani merah,tetapi penuh liku perjuangan,seperti Nabi SAW diuji,sedangkan Baginda SAW kekasih Allah SWT,manusia pilihan.Apakah kita sangka kita sudah beriman,sedangkan kita selesa dengan kehidupan tanpa ujian hidup.Layakkah kita memasuki syurga Allah SWT,sedangkan kitatidak pernah merasai bagaimana ujian terhadap mereka-mereka terdahulu yang penuh ujian,penderitaan,kesulitan dan kepayahan.Ayuh! Marilah kita bersatu untuk perjuangan Islam.ketepikan remeh temeh.Bangun untuk Islam.nescaya hidupmendapat petunjuk Ilahi.Rezeki berkat,keluarga selamat,hidup mendapat Rahmat.Jadikan Masjid tempat bermesyuarat.jumpa lagi.TAKBIR.........!!!!!!

Wednesday, 2 May 2012

Kuliah Maqhrib 02.05.15 oleh Ustaz Yusof Awang

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum !
Buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!
Salam ukhuwwah untuk semua.lama tidak menulis,kesibukan dan kekalutan masa membatasi ruang untuk penulisan.maaf atas ketidak perihatinan.Apapun,masa terus berjalan,usia semakin hampir dipanggil pencipta untuk kembali.Ingatlah!tiapa yang akan menongkat langit.kesombongan untuk mencari redha Allah SWT dengan menghadirkan diri di rumah Allah SWT bagi menambah ilmu dan bekalan tidak menghilangkan dan merendahkan kekuasaan Pencipta,tapi ingatlah !kamu tetap diusung untuk disembahyangkan dihari mati nanti.Ada pula yang didengari cuba untuk meruntuhkan dan membisukan masjid dengan cubaan untuk merampas kuasa kerana benci dengan teguran ulamak pada saban malam,maka usaha cuba dibuat untuk mamandulkan masjid.Ingatlah Firman Allah SWT "Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah didalamnya dan berusaha pula untuk meruntuhknnya!(Al-Baqarah 114).Janganlah menambah dosa dengan bersekongkol dengan puak munafik!Ingatlah kita semua akan MATI!.

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah