Waktu Solat

Followers

Blog Archive

Lokasi Masjid Jamek An-Najah

Saturday 29 September 2012

Kuliah Maqhrib 29.09.12 oleh Ustaz Shahrudin Ibrahim



Himpunan Aman Membantah Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada hari Jumaat 28hb September 2012, Masjid An-Najah telah menganjurkan Himpunan Aman Membantah Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW. Himpunan Aman ini bermula selepas solat Jumaat dan diketuai oleh Tuan Imam Masjid An-Najah bersama-sama dengan ratusan anak kariah.

Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan himpunan ini terutamanya kepada Pihak Polis Padang Serai yang telah memberikan pertolongan dan kerjasama yang cukup baik dan mesra.

WE LOVE MUHAMMAD

Gambar dan Video dibawah diambil dari facebook Cdam Tv https://www.facebook.com/cdam.tv ,Terima Kasih diucapkan kepada Cdam Tv yang telah merakamkan detik yang bersejarah ini.





Wednesday 19 September 2012

Tazkirah Tuan Imam

Assalamualaikum! Buat semua anak Qaryah dan peminat An-Najah!
Hidup ini bagai pelayar dilautan atau bagai musafir diperjalanan. Singgah sebentar untuk keperluan sebelum meneruskan perjalanan @ musafir singgah berteduh dipohon ketika kepanasan, akhirnya destinasi jadi tujuan. Begitulah kehidupan, kita singgah didunia fana buat mencari bekalan akhirat nanti. Oleh itu jangan persiakan kehidupan. Sabda Rasulullah SAW"Sebaik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya, tapi sejahat kamu juga, orang panjang umurnya, tetapi buruk amalannya. Allah SWT tidak menerima keuzuran orang penghujung usianya 60 tahun, tetapi tidak berubah kehidupannya untuk [kebaikan]. Maksiat bagai isi dalam dirinya. Sabda Rasulullah SAW "4 perkara selepas melakukan dosa, tetapi lebih merbahaya daripada dosa iaitu :orang yang memperkecil (meremehkan) dosa, orang terpedaya dengan dosa, berasa gembira dengan dosa, berterusan melakukan dosa. Ingatlah hari yang tiada jurubicara atau peguam untuk berhujah melainkan setiap orang mewakili dirinya. Moga Allah SWT merahmati kita dan mengampuni segala dosa. Kebatilan pasti hancur! Tiada daya dan kekuatan melainkan milik pencipta alam semesta! ALLAHUAKBAR!.

Kuliah Maqhrib 19.09.12 oleh Ustaz Yusof Awang

Tuesday 18 September 2012

Kuliah Maqhrib 18.09.12 oleh Ustaz Jais Muhammad

Tazkirah Tuan Imam


Assalamualaikum!

Buat semua anak qaryah dan peminat Annajah!


Masa terus berlalu dan tak akan kembali. Dunia di penghujung usia, hambatan kubur makin dekat. Tanyalah diri, apa persiapan untuk alam barzah! Hidup mesti diteruskan kerana kiamat entahkan bila walau pasti tibanya, Perjuangan Islam tiada noktah penghujung hingga kiamat. Musuh tetap merancang, munafik terus berjuang. Sabda Rasulullah SAW: "setiap Mukmin sentiasa berdepan 5 musuh. Orang mukmin yang dengki dengannya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, MUNAFIK yang sentiasa membencinya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan nafsu yang sentiasa menyerangnya". Ada musuh yang senang dikenali, tetapi MUNAFIK mengaku Islam sentiasa bagai gunting dalam lipatan. Ia musuh yang tidak dikenali, tetapi ALLAH SWT tetap kenal mereka.Yang pastinya golongan yang tidak hadir sembahyang berjamaah tanpa alasan syarak, peminat judi, hiburan melalaikan, peminat Hj.Dam yang leka dengan solatnya, pemakan rasuah mereka MUNAFIK sejati, jelas KEMUNAFIKAN mereka. Apatah lagi mereka cuba menghancurkan Masjid rumah Allah SWT dengan cuba memtikan kuliahnya, menghalang minbar dari melaungkan kebenaran dan membantah kemungkaran. Ingatlah!dunia akan hancur, kebatilan akan lebur. Agama Allah SWT akan terus dijulang walau liku perjuangan penuh ranjau, Hiduplah dengan penuh kemuliaan atau matilah sebagai SYAHID dalam perjuangan.ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!

Friday 14 September 2012

Tazkirah Tuan Imam


Assalamualaikum!

buat semua anak qaryah dan peminat An-Najah!

masih ada Syawal untuk mengucapkan selamat Aidilfitri. Puasa berlalu, merdeka pun sudah, syawal di penghujung. Umur kita semakin bertambah perkiraan, maut semakin dekat menghampiri. Merdekakah kita dari nafsu dan syaitan. Apa erti merdeka kalau iman semakin luntur, harga diri anak bangsa semakin terhakis, hiburan melampau semakin ganas, anak zina semakin besar bilangannya, hukum Allah dipersenda bagai bahan gurauan. Golongan MUNAFIK semakin biadab dengan penentangan mereka terhadap rumah Allah SWT. Golongan yang tidak pijak Masjid, Sibuk dengan HJ Dam di waktu azan. Peminat nombor ekor, peminat karaoke dan wali yang tidak boleh beristighfar, kaki meja billiard hari ini cuba menjadi jaguh pembela masjid kononnya masjid menjadi alat pembangkang. Biar masjid diuruskan oleh ahli masjid. Kita tidak sempurna dan melakukan kesilapan tetapi lebih baik dari MUNAFIK yang tidak pijak masjid untuk berjamaah, tidak pernah hadir majlis ilmu. Kita ada Pihak berkuasa Agama untuk tindakan, polis untuk menyiasat, tetapi tidak perlu golongan Munafik untuk jadi jaguh bertopengkan syaitan. Ingatlah! Kita semua akan mati! tida lagi peguambela untuk berdolak dalik. Dunia hanya sementara. Kemungkaran pasti hancur. ALLAHUAKBAR. Tiada pertolongan melainkan ALLAH.

Facebook Pages (Please Click like Button)

Live from Masjid An-Najah ("On Air" Selepas Solat Maqhrib)


Jadual Kuliah Pengajian

Live Kuliah